Showing posts with label Projek_002. Show all posts
Showing posts with label Projek_002. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Projek 2.2 : Litar Schematic ( Konsep )

Assalamualaikum semua,

Disertakan litar schematic ( konsep ) untuk gadget SetMasa.




1. LCD di sambung kepada port A ( A0 - A5) dan sebagai petunjuk/paparan.

2. Button di sambung kepada port C ( C0 - C7 ). Button sebagai input/setting untuk SetMasa

3. Relay di sambung kepada port B ( B0 - B3). Di dalam litar di atas, relay hanya 1 unit sebab kekurang ruang. Di dalam litar di atas, relay menyambung Mentol 12V kepada supply DC sebagai contoh ... kalau dalam penggunaan sebenar, L1 dan DC12 boleh ditukar kepada Mentol kalimantan dan AC supply 240 VAC.

Sekian untuk kali ini,

Insya Allah, akan bersambung ...

Thursday, December 15, 2011

Projek 2.1 : Kegunaan

Assalamualaikum semua.

SetMasa adalah gadget elektronik untuk menghidupkan/mematikan alatan elektrik yang bersambung kepada sumber elektrik ( AC single phase ) melalui relay.

Tujuan SetMasa di bangun/dibina untuk kegunaan berikut.

Ciri-ciri :

1. Mempunyai 4 set masa ( boleh ditambah mengikut keperluan melalui ubahsuai program PIC) yang berasingan setiap satu ( tidak berkait satu sama lain).

2. Daripada 4 set masa ... 1 bolehubah secara online/real time dan 3 lagi adalah tetap ( hanya boleh ubah melalui ubahsuai program/firmware PIC )

3. Untuk set bolehubah, boleh set masa hidup dan masa mati dari tempoh 1 saat sehingga 99 jam.

4. SetMasa boleh mengulangi masa hidup (ON) dan mati (OFF) sehingga 999 kali.

Kegunaan/Tujuan:

1. Boleh mengecas bateri HP/Laptop untuk 1 tempoh tertentu ( Ulangan = 0 ) ... contohnya charge bateri laptop 3 jam (tempoh untuk charge penuh) ... selepas 3 jam, Elektrik AC yang di masukkan ke laptop (untuk mengecas bateri) di matikan. Begitu juga untuk charge hp ( matikan alat pengecas hp). Dengan mematikan alat mengecas selepas bateri di charge penuh ... ini akan memanjangkan jangka hayat bateri laptop/hp dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

2. Katakan di dalam periuk nasi elektrik terdapat banyak baki nasi selepas makan malam. Jika dibiarkan dalam keadaan 'warm' nasi akan menjadi kering/keras/kerak dan jika tidak ON kan periuk nasi, mungkin serangga merayap akan curi masuk ke dalam periuk nasi. Dengan menggunakan SetMasa, SetMasa akan menyambungkan elektrik dari sumber ke periuk elektrik secara berkala ... sebagai contoh ON (panaskan periuk) selama 10 minit (sebagai contoh) dan OFF (matikan elektrik ke periuk) untuk tempoh 50 minit selepasnya dan ini akan berulang mengikut berapa banyak ulangan yang kita set. Dengan SetMasa, nasi tetap panas/selamat dari serangga/haiwan dan tak buang/guna banyak elektrik.

Dan lain-lain kegunaan yang sesuai.

Insya Allah akan bersambung ...

Tuesday, December 13, 2011

Projek 2.0 : SetMasa

Insya Allah, projek yang seterusnya adalah alat untuk ON/OFF alatan elektrik lain berdasarkan masa.

Projek ini saya namakan SetMasa. SetMasa berciri-cirikan :

1. Ada 4 set masa ( 1 boleh diset bila-bila masa, 3 lagi ada pre-set masa/hardcode dalam PIC ).

2. Untuk set masa bolehubah, cirinya adalah :
a) Panjang masa ON
b) Panjang masa OFF
c) Bil ulangan
d) Status (Start/Stop, ON/OFF )

3. Untuk menghidupkan (ON) alatan lain, SetMasa menggunakan relay sebagai perantara untuk mengalir/memberhentikan arus AC 240V ( single phase AC ) kepada alatan lain.

4. 3 set masa yang lain akan di setkan :
a) Panjang masa ON
b) Panjang masa OFF
c) Bil ulangan
di dalam PIC (hardcode/tak boleh ubah ... melainkan ubah kod dalam PIC ).

5. Untuk 3 set masa (pre-set) ini, set ini boleh diaktifkan/dinyah aktif dengan menggunakan hanya 1 butang ( toggle).

6. Board v3 yang terlibat :
a) PIC board v3
b) 4Relays board v3
c) LCD board v3
d) Led n Button Board v3

Sekian dulu untuk kali ini.