Thursday, March 31, 2011

Selingan: Update Post PICKit2 Clone

Assalamualaikum semua,

Saya dah update post PICKit2 Clone ( sila klik gambar PICKit2 Clone di sebelah kanan blog ni ).

Di dalam post tersebut, saya masukkan semua fail untuk buat board tersebut. Saya juga ada mengepilkan sekali fail-fail tersebut.

Jadi, sesiapa yang berminat boleh download dan membuat board tu sendiri. Fail-fail tersebut dalam format eagle. Boleh download software eagle kat sini.

Insya allah saya akan updatekan untuk board-board yang lain juga, harap bersabar.

Fail-fail tersebut (schematic, PCB, firmware n nota ) boleh di download di post PICKit2 Clone

Terima kasih.

Wednesday, March 30, 2011

Selingan: Update Post PIC Board v2

Assalamualaikum semua,

Saya dah update post PIC Board v2 ( sila klik gambar PIC Board v2 di sebelah kanan blog ni ).

Di dalam post tersebut, saya masukkan semua fail untuk buat board tersebut. Saya juga ada mengepilkan sekali fail-fail tersebut.

Jadi, sesiapa yang berminat boleh download dan membuat board PIC v2 sendiri. Fail-fail tersebut dalam format eagle. Boleh download software eagle kat sini.

Insya allah saya akan updatekan untuk board-board yang lain juga seperti PICKit2 clone, harap bersabar.

Fail-fail tersebut (schematic n PCB) boleh di download di post PIC board v2.

Terima kasih.

Tuesday, March 15, 2011

Selingan

Assalamualaikum semua.

Atas permintaan pengunjung blog ini, saya akan menyertakan sekali file schematic n PCB yang digunakan. Jadi peminat / orang yang ingin belajar, boleh terus buat sendiri litar tersebut tanpa perlu bersusah payah dari awal.

Saya akan upload litar yang akan datang dan juga litar yang sebelum ini ( contoh: PCB board v2, PICkit2 clone dan lain-lain). Fail - fail tu dalam format eagle ( download kat sini .. http://www.cadsoftusa.com/download.htm ) dan kalau nak tahu pasal free eagle, kat sini . Jadi bagi sesiapa yang nak tahu / belajar pasal nak guna eagle, boleh search internet (saya tak mampu nak tunjuk kat sini atas sebab masa yang terhad).

Itu saja setakat ini. Kepada sesiapa yang ingin follower, boleh berbuat demikian pada hujung bawah blog ini.

Terima kasih atas lawatan saudara/i semua, semoga beroleh manafaat yang banyak.

Thursday, March 10, 2011

Info Selingan

Assalamualaikum semua,

Berbanyak maaf di pinta, nampaknya minggu ini saya tidak dapat update / teruskan pasal projek keselamatan rumah DIY kerana masa yang sangat terhad ((kerana terpaksa menyiapkan projek peribadi yang dah lewat).

Insya allah saya saya akan teruskan bila berkelapangan semula. Mungkin minggu depan.

Minta banyak bersabar.

Terima kasih

Sunday, March 6, 2011

Projek 1.0 : Sistem Keselamatan Rumah DIY

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, dapat juga saya memulakan projek keselamatan rumah yang ringkas dan murah untuk manafaat sesama kita.

Untuk projek ini, saya akan menggunakan module PIC board v2, module butang n LED sebagai masukan / input / sensor masukan dan juga module LED 2 warna ( hijau dan merah - 3 pin LED ) sebagai output / keluaran.

Bagi module PIC board v2, sila rujuk url ini ... http://allpicproject.blogspot.com/2010/10/info-selingan_31.html

Bagi module ' Butang n LED ' , sila rujuk litar 1 di bawah ( saya akan upload module yang siap pasang kemudian sebab terlalu sibuk buat masa ini).

Litar 1 : Button n LED



Litar 2 adalah module ' LED 2 warna (hijau n merah) ' ( saya juga akan upload module yang siap pasang kemudian kerana kesuntukan masa).

Litar 2 : LED 2 colours ( Hijau n Merah )



Simbol / Rajah Resister network (RN) dalam schematic di dalam litar 1 n litar 2



Resister network = RN



Kedudukan pin no. 1



Resister network bernilai 10k ohm ( 10 x 10^3)



Rujuk gambar

1) 103 => 10 x 10^3 = 10,000 ohm = 10k ohm
2) 104 => 10 x 10^4 = 100,000 ohm = 100k ohm.


NOTA: Bagi sesiapa inginkan file schematic untuk litar 1 dan 2 dalam format eagle (eagle file), sila email kpd saya (allpicproject@gmail.com), insya allah saya cuba hantar secepat mungkin.


Sekian sahaja untuk kali ini ... insya allah akan bersambung !