Monday, November 1, 2010

Hardware: PIC board ver 2

Assalamualaikum semua.

Saya telah membuat PIC board ver 2. Di dalam board nie terdapat ciri2 berikut:

1. Socket untuk uC PIC 40 pin.
2. ICSP - in circuit serial program
3. LED (8 unit) yang disambung kepada Port D PiC
4. Push button ( 2 unit) yang disambung kepada Pin A0 (Port A.0) dan Pin A1 (Port A.1)
5. RS232 pin sambungan
6. PWM pin sambungan

Ciri2 ini disertakan supaya dapat mengurang kos bagi sesiapa yang ingin membuatnya setakat pelajaran asas. Untuk pelajaran peringkat tinggi, board ini juga boleh digunakan tanpa membuat board baru, cuma sambung kepada board2 yang berkenaan.

Bagi sesiapa yang ingin kepada gambar schematic n pcb yang complete untuk membuatnya sendiri, sila download kat hujung blog ni.

Sila clik gambar untuk mendapatkan gambar yang lebih besar.


PIC board ver 2 schematic.



PIC board ver. 2


PIC board ver. 2



PIC board ver. 2



PIC board ver. 2 dengan button yang disambung kepada pin A0 (PortA.0) n pin A1 (PortA.1). Manakala 8 LED disambung kepada PortD ( PortD.0 -> PortD.7).

Jika sesiapa yang ingin order daripada saya, sila email kepada allpicproject@gmail.com dan nyatakan kod package yang ingin dibeli (C00-007H).

Package siap pasang n test - C00-007H-SIAP - RM62.00 (termasuk belanja pos dll dalam Malaysia sahaja. Untuk negara lain, sila email ke allpicproject@gmail.com ).




Bagi sesiapa yang menggunakan fail PCB yang di download dari blog ni, sila tekan icon 'Ratsnet' rujuk gambar di bawah supaya litar PCB lengkap.


Terima kasih.

Nota: Saya akan menggunakan PIC board ver 2 ini (C00-007H) untuk pembelajaran PIC dalam blog ini.

1 comments:

Anonymous said...

Hasil kerja yang sangat kemas..boleh hantar ke PCB manufacturer untuk mas production sbb board ini sgt berguna dan saya tertarik dgn voltage regulator yang digunakan.

Post a Comment