Monday, June 25, 2012

Selingan : SetMasa ada perubahan perancangan

Assalamualaikum semua,

Berbanyak maaf di minta atas ketiadaan update blog ini untuk jangkamasa yang lama.

Saya sangat sibuk ( sekarang pun tengah sibuk ) kerana terpaksa menumpukan kepada beberapa projek commercial dan projek pelajar tahun akhir yang perlukan bantuan saya untuk menyiapkan projek mereka. Di jangkakan saya perlukan sebulan - 2 bulan untuk menyiapkan semua projek yang ada dalam tangan saya sekarang.Oleh itu saya tidak dapat menumpukan kepada blog ini seperti sebelumnya. Walaumacammanapun saya akan meluangkan masa saya untuk blog ini sekadar yang mampu untuk tempoh 2 bulan akan datang. Jadi harap maaf  banyak2 atas keadaan ini.

Berkenaan dengan projek SetMasa, saya telah meneliti kembali projek tersebut dan mendapati banyak masa yang akan di habis jika meneruskan sebagaimana perancangan awal ( 1 masa boleh ubah secara online dan yang lainnya tidak boleh kecuali ubah kod ( C sourcecode).

Setelah mengambil kira masa yang sekarang dan masa yang diperlukan untuk menyiapkan proj. SetMasa seperti mana perancangan awal, rasanya proj. tersebut lagi lambat dapat disiapkan. Atau paling teruk, tak siap ... di sebabkan kesuntukan masa dan kompleknya proj. tersebut. Jadi saya akan mengubah ciri2 SetMasa kepada semua jam/masa di dalam SetMasa kepada tetap ( hanya boleh di ubah dalam/melalui sourcecode ) dan tiada jam/masa dapat di ubah secara online.

Insya Allah saya akan meneruskan proj. SetMasa bila ada masa terluang. Harap bersabar.

Terima kasih bebanyak.