Monday, February 5, 2018

Idea FYP : Tongkat Orang Buta

Idea projek ini adalah untuk membina satu tongkat orang yang canggih.

Ciri kecanggihan tongkat ini adalah ianya dilengkapi dengan buzer dan juga vibrator untuk memberitahu tn punya tongkat/orang buta bahwa di hadapan terdapat halangan. Vibrator motor akan dilekatkan di batang tongkat bagi tujuan membuatkan pemegang tongkat merasai getaran tersebut sebagai tanda bahwa terdapat halangan di hadapan.

Jarak halangan di kesan akan di paparkan di LCD ( LCD untuk tujuan calibartion dan troubleshooting)  dan jarak min/default halangan boleh di set melalui preset ( variable resistor )

Projek ini menggunakan sensor ultrasonic sebagai sensor pengukur jarak.

Bila sistem ini di aktifkan, apabila terdapat halangan di hadapan, maka vibrator akan menggetarkan batang tongkat tesebut dan buzer akan berbunyi berkadaran dengan jarak daripada halangan tersebut. Jika makin dekat halangan maka lagi nyaring/kuat buzer itu berbunyi

Sekian terima,kasih

Idea FYP : Sistem Keselamatan Rumah - SMS & Sensor Motion

Idea Projek  Sistem Keselamatan Rumah - SMS & Sensor Motion adalah lanjutan daripada projek Idea FYP : Sistem Keselamatan Rumah Kawalan SMS

Penambahan kepada projek SKR kali ini adalah terdapat 3 motion sensor yang di letakkan di depan pintu depan, pintu belakang dan tingkap rumah.

Carakerja projek ini adalah sama dengan FYP : Sistem Keselamatan Rumah Bersama Kawalan SMS , cuma tambahan ciri keselamatan berupa amaran awal pengesanan manusia menggunakan sensor motion untuk pintu dan tingkap.

Amaran awal ini berlaku bila terdapat sebarang pergerakan manusia di depan pintu / tingkap (dikesan oleh motion sensor), maka SKR akan menghantar sms 'Terdapat pergerakan manusia di depan pintu utama' kepada tn rumah. Begitu juga untuk pintu belakang dan tingkap.

Seterusnya tn rumah boleh hantar sms 'Lampu On' untuk on kan lampu dalam rumah seterusnya dapat menghalang pencerobohan. 

Alarm/Siren akan dibunyikan dan sms akan di hantar kepada tn rumah jika penceroboh masih juga meneruskan niatnya untuk memasuki rumah tersebut,

Sekian, terima kasih.

Idea FYP : Sistem Keselamatan Rumah Kawalan SMS

Idea projek ini adalah lanjutan daripada projek Idea FYP : Sistem Keselamatan Rumah Bersama Amaran SMS 
Idea projek Sistem Keselamatan Rumah (SKR) ini ditambah dengan sistem amaran sms dan kawalan jarak jauh menggunakan SMS iaitu jika ada sebarang pencerobohan semasa sistem ini (SKR) diaktifkan, sms akan di hantar kepada tuan rumah berkenaan. Tuan rumah kemudiannya boleh menghantar sms kembali untuk menutup alarm/siren (yang akan berbunyi jika ada pencerobohan) atau juga boleh membuka lampu dalam rumah tersebut bagi menakutkan penceroboh dan seterusnya penceroboh tersebut terus keluar dari rumah tersebut.

Jika pintu depan di ceroboh, maka sms ' Pintu depan rumah anda sedang di ceroboh' akan di hantar kepada handphone tuan rumah ( no hp tersebut mesti di daftarkan dalam sourcecode/coding ). Begitu juga jika pintu belakang atau tingkap atau semua pintu tersebut diceroboh, maka satu sms akan di hantar kepada tuan rumah.

Tuan rumah  kemudiannnya boleh menutup alarm dengan menghantar sms 'Tutup alarm' kembali kepada SKR. SKR kemudian mematikan sistem alarm tersebut.

SKR ini di lengkap dengan 2 relay ( satu relay untuk di sambungkan kepada alarm/siren ) dan satu relay lagi boleh digunakan untuk on / off kan lampu dalam rumah tersebut. Bila terjadi pencerohan, tn rumah boleh menghantar sms 'Lampu On' ke SKR dan kemudiannya SKR akan menghidupkan lampu tersebut.

Tuan rumah juga boleh menghidupkan atau mematikan lampu tersebut walaupun tiada pencerobohan berlaku dengan hanya menghantar sms 'Lampu On' atau 'Lampu Off'

Tuan rumah juga boleh memeriksa keadaaan pintu, tingkap dan lampu samada sedang 'On' atau 'Off' dengan menghantar sms 'Status' kepada SKR. SKR kemudiannya akan membalas balik sms tersebut dengan info untuk setiap pintu, tingkap dan lampu,

Sekian terima kasih

Idea FYP : Sistem Keselamatan Rumah Bersama Amaran SMS

Projek ini adalah lanjutan daripada projek Idea FYP : Sistem Keselamatan Rumah Basic

Projek Sistem Keselamatan Rumah (SKR) ini ditambah dengan sistem amaran sms iaitu jika ada sebarang pencerobohan semasa sistem ini (SKR) diaktifkan, sms akan di hantar kepada tuan rumah berkenaan.

Jika pintu depan di ceroboh, maka sms ' Pintu depan rumah anda sedang di ceroboh' akan di hantar kepada handphone tuan rumah ( no hp tersebut mesti di daftarkan dalam sourcecode/coding ). Begitu juga jika pintu belakang atau tingkap atau semua pintu tersebut diceroboh, maka satu sms akan di hantar kepada tuan rumah.

Projek hanya membenarkan sms amaran di hantar kepada tn rumah tapi tn rumah tidak dapat menghantar sms kembali kepada SKR untuk arahan2 lain. Ciri2 arahan lain akan di muatkan ke dalam projek SKR yang seterusnya.

Sekian terima kasih