Monday, February 5, 2018

Idea FYP : Sistem Keselamatan Rumah Kawalan SMS

Idea projek ini adalah lanjutan daripada projek Idea FYP : Sistem Keselamatan Rumah Bersama Amaran SMS 
Idea projek Sistem Keselamatan Rumah (SKR) ini ditambah dengan sistem amaran sms dan kawalan jarak jauh menggunakan SMS iaitu jika ada sebarang pencerobohan semasa sistem ini (SKR) diaktifkan, sms akan di hantar kepada tuan rumah berkenaan. Tuan rumah kemudiannya boleh menghantar sms kembali untuk menutup alarm/siren (yang akan berbunyi jika ada pencerobohan) atau juga boleh membuka lampu dalam rumah tersebut bagi menakutkan penceroboh dan seterusnya penceroboh tersebut terus keluar dari rumah tersebut.

Jika pintu depan di ceroboh, maka sms ' Pintu depan rumah anda sedang di ceroboh' akan di hantar kepada handphone tuan rumah ( no hp tersebut mesti di daftarkan dalam sourcecode/coding ). Begitu juga jika pintu belakang atau tingkap atau semua pintu tersebut diceroboh, maka satu sms akan di hantar kepada tuan rumah.

Tuan rumah  kemudiannnya boleh menutup alarm dengan menghantar sms 'Tutup alarm' kembali kepada SKR. SKR kemudian mematikan sistem alarm tersebut.

SKR ini di lengkap dengan 2 relay ( satu relay untuk di sambungkan kepada alarm/siren ) dan satu relay lagi boleh digunakan untuk on / off kan lampu dalam rumah tersebut. Bila terjadi pencerohan, tn rumah boleh menghantar sms 'Lampu On' ke SKR dan kemudiannya SKR akan menghidupkan lampu tersebut.

Tuan rumah juga boleh menghidupkan atau mematikan lampu tersebut walaupun tiada pencerobohan berlaku dengan hanya menghantar sms 'Lampu On' atau 'Lampu Off'

Tuan rumah juga boleh memeriksa keadaaan pintu, tingkap dan lampu samada sedang 'On' atau 'Off' dengan menghantar sms 'Status' kepada SKR. SKR kemudiannya akan membalas balik sms tersebut dengan info untuk setiap pintu, tingkap dan lampu,

Sekian terima kasih

0 comments:

Post a Comment