Friday, January 21, 2011

Tutorial 4.1: Set PIC configuration

Assalamualaikum semua.

Dalam tutorial 4.0, saya telah menunjukkan macam mana nak mula tulis program c dengan menggunakan 'Project Wizard'.

Jadi untuk kali ini, saya akan tunjukkan cara untuk menentukan konfigurasi (configuration) untuk PIC. Secara ringkasnya, konfigurasi ni perlu di setkan adalah menentukan cara PIC berfungsi. Sebagai contoh, PIC nak guna 'clock' secara dalaman ataupun dari sumber luar dan sebagainya.

Saya juga akan tunjuk secara gambarajah supaya senang ikut dan senang faham. Kalau ada kemusykilan, sila email ke allpicproject@gmail.com atau tinggalkan pesanan di CBOX sebelah.




1. Di menu, tekan 'Configure' dan pilih 'Configuration Bits'


2. Uncheck checkbox ( dalam bulatan merah)


3. Di column 'Setting' tukarkan semua yang berada dalam kotak merah supaya sama dalam gambarajah di atas. Bila dah tukar di bahagian 'Setting' , no yang terdapat di column 'Value' mesti sama dengan nombor yang ada di gambar atas.


4. Check checkbox seperti dalam kotak merah paling atas (Configuration Bits set in code).


5. Klik butang merah 'Re-build with compiler ..... ' ( dalam kotak merah) untuk compile/tukarkan program c (LED.c) kepada hex/binary code
(bahasa yang microcontroller/PIC akan faham)


6. Berjaya 100% ... Program C (LED.c) telah berjaya di compile
(ditukarkan kepada hex code/binary code)
7. Hex code hasil compilation ( Demo02_LED.hex)


Bersambung .....

0 comments:

Post a Comment