Tuesday, January 11, 2011

Info Selingan: Buat Schematic dan PCB

Assalamaualaikum semua,

Beberapa hari ini, saya terima email dari pengunjung blog saya nie bertanyakan pasal macam mana nak buat schematic dan PCB dan juga software yang diguna dalam blog saya ni.

Ok, untuk software, saya guna eagle ( boleh download di http://www.cadsoft.de/download.htm ) utk buat schematic n pcb.

Lepas buat schematic, saya convertkan kepada PCB (eagle buat PCB daripada schematic yang kita lukis).

Bila PCB dah siap, saya printkan PCB tersebut ke atas kertas tracing paper menggunakan laser jet printer.

Selepas tu, saya lekatkan kertas tersebut kepada UV PCB (ultra violet PCB / photo resist PCB ... setelah cover UV board tu di buang) dan expose kepada UV source/ mesin yang keluarkan UV light/ cahaya ultra violet. Lama masa expose adalah bergantung kepada kekuatan cahaya UV yang di gunakan.

UV PCB yang saya gunakan adalah jenis positif exposure/acting ( Jenama Kinsten, Jenis PP1530 , single side dan hargakan di jalan Pasar dalam RM23.00 untuk size 15cm x 30cm) .

Cuba rujuk kat sini untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas.

http://www.foxhunt.com.au/misc/pcb/making_pcbs.htm.


Saya belum bercadang untuk buat tutorial untuk buat PCB tetapi boleh la jawab serba ringkas jika ada yang ingin tahu.

Harap penerangan ringkas ni dapat membantu sesiapa yang ingin buat PCB sendiri kat rumah.

0 comments:

Post a Comment