Sunday, January 18, 2015

Idea FYP: Projek SMS / GSM Phone

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, sekarang ni saya agak free sikit untuk update blog. Jadi di sini, saya ingin memberi anggaran kos kasar/upah  untuk membuat  projek SMS atau projek yang menggunakan GSM modem untuk mengoperasikan sesuatu.

Secara umumnya projek SMS / GSM modem ni terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

1) SMS keluar - bermaksud, jika gadget elektronik mengesan sesuatu / sensor di aktifkan, gadget tersebut akan menghantar SMS melalui GSM modem kepada pengguna/pelajar . Contoh: Gadget akan menghantar SMS alert jika rumah dipecah masuk bilamana sensor IR mengesan pergerakan penceroboh/manusia di dalam rumah.

2) SMS masuk - bermaksud, pelajar/pengguna menghantar SMS kepada gadget tersebut dan gadget tersebut memproseskan arahan dalam SMS seterusnya melaksanakan arahan tersebut. Contoh: Pengguna menghantar SMS untuk ON lampu tengah di rumah pengguna, gadget tersebut memproses arahan dalam SMS dan ON kan lampu tengah tersebut.

3. SMS masuk n fedback/maklum balas - bermaksud seperti no. 2 (SMS masuk ) dan di tambah dengan maklumbalas/fedback daripada gadget kepada pengguna kembali.Contoh: Pengguna menghantar SMS untuk ON lampu tengah di rumah pengguna, gadget tersebut memproses arahan dalam SMS dan ON kan lampu tengah tersebut dan seterusnya gadget tersebut menghantar SMS fedback kepada pengguna yang menyatakan bahawa 'LAMPU TENGAH TELAH DI ON' .

Untuk pertanyaan/perbincangan, sila email kpd saya di allpicproject@gmail.com dengan nama pengguna n no hp ( no wassup lagi bagus), nama  n ringkasan projek (cara projek berfungsi) . Saya akan call balik bila saya free.