Thursday, October 14, 2010

Tutorial 1.0: Hardware/litar asas yang perlu ada



Assalamualaikum semua,

Ok, hari nie (actually dah pagi da ...) saya akan sentuh berkenaan dengan hardware asas (litar asas) untuk PIC yang perlu ada sebelum kita buat program untuk PIC tu.

Litar asas adalah seperti di atas (sila klik untuk saiz yang lebih besar).

Ok, saya cuba terangkan sebaik mungkin bahagian2 yang terlibat:

1. A: Reset/Prog - bahagian nie adalah untuk reset uC dengan tekan S2 dan lepas ( uC akan reset dan mula dari awal/ re-start). Pin 1 ( Vpp) adalah voltan untuk programming iaitu lebih kurang 13V. (saya akan sentuh bila bab camne nak program PIC nanti).

2. B: Coupling - dengan meletakkan satu capacitor 100n antara Voltan supply untuk uC dan ground uC (sedekat mungkin dengan uC/PIC tersebut), ini akan menstabilkan PIC ketika PIC bekerja dan capacitor ini amat penting.

3. C: Pull-up - di mana kita bagi/set pin (biasanya digital input pin) kepada kedudukan 5V (bermaksud uC akan melihat data yg masuk adalah 1 ... 5V = data 1) dan bila kita tekan S1, uC akan melihat data O (data zero .... 0V = data 0) yang masuk dan bukan data yang tak menentu (jika tidak pull-up / tidak pull-down). Jika data yang masuk tidak menentu, uC tidak dapat bekerja dengan teratur dan kemungkinan uC akan hang/stuck/intermittent adalah tinggi.

4. D: Pull-down - adalah sebalik dari pull-up dan berfungsi sama dengan pull-up (cuma sebaliknya). Dalam litar/pelajaran seterusnya, saya akan gunakan Pull-down (kecuali dalam keadaaan tertentu) sebagai default data (bila tak tekan suis atau tiada voltan dikenakan).

5. E: Output - contoh output menggunakan LED. satu perintang 150 ohm (biasanya di tulis sebagai 150R) secara siri dengan LED untuk mengelakkan arus terlalu besar melalui LED dan seterusnya mengganggu operasi PIC (jika terlalu banyak arus keluar melalui mana2 pin PIC).

6. F: Crystal/Oscilator - Saya guna crystal 19.6608Mhz adalah tujuan yang akan datang (saya akan bincangkan ketika membuat jam menggunakan PIC). Jika tuan2 ingin menggunakan crystal nilai lain i.e. 20Mhz, pun boleh.

So, kalau ada apa2, boleh bincang atau email kpd saya di allpicproject@gmail.com.

Terima kasih

Update 11 Dec 2011 :

Sila guna/buat board v3 ( kecuali programmer PICkit2 clone) untuk kegunaan tutorial di blog ini. Saya akan menggunakan board v3 untuk tutorial dan projek yang akan datang di sebabkan board v3 lebih kemas dan senang untuk digunakan berbanding board versi yang sebelumnya.

Bagi sesiapa yang sudah ada board versi terdahulu, boleh terus gunakannya tanpa sebarang perubahan atau hanya sedikit pengubasuaian perlu di buat untuk board tertentu sahaja.

Harap maklum.

0 comments:

Post a Comment