Thursday, October 14, 2010

Tutorial 1.1: Hardware/litar asas yang perlu ada

Assalamualaikum semua,

Dalam berbincang/mempelajari PIC, saya akan gunakan/buat litar secara modular. Maksud modular adalah, kita boleh sambung beberapa litar (board) dengan menggunakan kabel sambungan untuk membentuk suatu project dengan cepat.

Maksudnya, jika saya nak buat projek yang akan memaparkan butang yang di tekan di LCD, maka saya akan sambungkan main board (PIC board) + LCD board + Button board. Dengan cara ini, kita boleh membuat/menguji projek dengan cepat dan sistematik. Dan kita boleh cabut/asingkan board berkenaan bila kita tak gunakan lagi.

Untuk permulaan, saya dah buat litar untuk:

1. Main board (PIC board)
2. LED n Button board
3. Programmer board ( PICkit2 Clone - boleh program PIC yang voltan supply 5V shj ... tak boleh program PIC yang voltan supply 3.3V)

Saya akan upload litar PIC board dan LED n Button board. Programmer board, saya akan upload kemudian sebab saya nak ubahsuai sikit.

Satu perkara lagi, saya juga akan jual kit untuk board2 tersebut. Harga kit ( PCB + elektronik components) akan di bagi beberapa hari nanti (saya kena check harga kat jalan pasar).

Bagi yang nak buat board itu sendiri, saya alu2kan (sila email kepada saya ... allpicproject@gmail.com ... nanti saya email file pdf schematic litar tersebut.

Semoga berjaya.
Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment