Monday, May 17, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum/salam perkenalan semua.

Pertama kalinya, biarlah saya memberi sedikit ringkasan tentang blog ini diwujudkan dan kepada siapa ia ditujukan dan kepada siapa akan mendapatkan menafaatnya (pada pendapat saya la). Dalam blog nie, saya akan menulis secara ayat direct sebab saya tak berapa pandai untuk membuat ayat2 yang canggih cam bahasa sastera. Jadi jika ada kesilapan/salah atau ada ayat yang lebih baik, saya suka mendengar dan akan membetulkan bahasa/ayat tersebut.

Blog ini adalah berkisar/berdasarkan pembinaan alatan elektronik/gadget elektronik/ elektronik DIY yang menggunakan microcontroller dari compani microchip (www.microchip.com) sebagai pemproses utama/otak atau secara ringkas dikenali sebagai microcontroller atau 'uC'. uC dari www.microchip.com dipanggil 'PIC' secara ringkasnya. Secara ringkasnya, jika kita menggunakan microcontroller (uC) akan meringkaskan hardware yg perlu dalam kita menghasilkan gadget elektronik (kalau setakat nie ada yang tak faham ... dont worry, saya akan membuat contoh dan tunjuk ajar bila tiba waktunya). uC yang akan digunakan dalam blog adalah PIC16F887 dan lain-lain PIC (bila perlu).

Saya membuat blog nie adalah sebagai tempat perbincangan dengan saudara2/sahabat yang dah ada pengetahuan tentang PIC. Blog nie juga di harapkan untuk jadi starter kepada mereka yang tiada pengetahuan tentang uC atau PIC tapi sangat berminat dalam membuat/memakai gadget elektronik atau untuk modified alatan elektronik.

Harap ringkasan ini dapat memberi maklumat pendahuluan tentang blog ini.

Terima kasih.