Monday, June 25, 2012

Selingan : SetMasa ada perubahan perancangan

Assalamualaikum semua,

Berbanyak maaf di minta atas ketiadaan update blog ini untuk jangkamasa yang lama.

Saya sangat sibuk ( sekarang pun tengah sibuk ) kerana terpaksa menumpukan kepada beberapa projek commercial dan projek pelajar tahun akhir yang perlukan bantuan saya untuk menyiapkan projek mereka. Di jangkakan saya perlukan sebulan - 2 bulan untuk menyiapkan semua projek yang ada dalam tangan saya sekarang.Oleh itu saya tidak dapat menumpukan kepada blog ini seperti sebelumnya. Walaumacammanapun saya akan meluangkan masa saya untuk blog ini sekadar yang mampu untuk tempoh 2 bulan akan datang. Jadi harap maaf  banyak2 atas keadaan ini.

Berkenaan dengan projek SetMasa, saya telah meneliti kembali projek tersebut dan mendapati banyak masa yang akan di habis jika meneruskan sebagaimana perancangan awal ( 1 masa boleh ubah secara online dan yang lainnya tidak boleh kecuali ubah kod ( C sourcecode).

Setelah mengambil kira masa yang sekarang dan masa yang diperlukan untuk menyiapkan proj. SetMasa seperti mana perancangan awal, rasanya proj. tersebut lagi lambat dapat disiapkan. Atau paling teruk, tak siap ... di sebabkan kesuntukan masa dan kompleknya proj. tersebut. Jadi saya akan mengubah ciri2 SetMasa kepada semua jam/masa di dalam SetMasa kepada tetap ( hanya boleh di ubah dalam/melalui sourcecode ) dan tiada jam/masa dapat di ubah secara online.

Insya Allah saya akan meneruskan proj. SetMasa bila ada masa terluang. Harap bersabar.

Terima kasih bebanyak.

Saturday, March 10, 2012

Selingan : Insya Allah saya akan update dalam tempoh 2 minggu

Assalamualaikum semua,

Atas sebab kesibukan yang tinggi, saya tak dapat update blog ni seperti sepatutnya.

Insya Allah saya akan updatekan blog ini dalam masa 2 minggu dari sekarang ( saya akan cuba menghabiskan beberapa kerja saya yang kritikal dalam masa 2 minggu).

Jadi, diharapkan pengunjung blog ini datang balik dalam masa 2 minggu dari sekarang.

Apa2pun, saya meminta banyak-banyak maaf atas ketiadaan sebarang upate untuk masa yang lama atas sebab kesibukan dalam menyiapkan projek-projek commercial.

Harap maaf semua.

Monday, January 16, 2012

Selingan : Sekali Lagi Kemaafan DiPinta

Assalamualaikum semua,

Minta maaf banyak-banyak, saya belum dapat menyiapkan lagi Projek SetMasa disebabkan kekangan dalam menyiapkan projek-projek yang telah di amanahkan kepada saya. Insya Allah, bila saya kurang sibuk, saya akan siapkan projek SetMasa secepat mungkin.

Saya berharap saya dapat menyiapkan projek tersebut pada hujung bulan ini. Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan projek SetMasa, minta datang kembali ke blog ini pada penghujung bulan ini dan diharapkan saya dapat menyiapkannya dengan sempurna.

Sekian harap maklum dan minta berbanyak kemaafan dari pengunjung semua.

Tuesday, January 3, 2012

Selingan : Projek SetMasa Ditangguhkan

Assalamualaikum semua,

Saya minta banyak-banyak kerana tiada posting baru setakat ini kerana kesibukan dalam menyiapkan beberapa projek yang diamanahkan kepada saya.

Insya Allah dalam masa 2 minggu lagi, saya akan menyiapkan projek SetMasa. Dan akan updatekan blog ini dengan Video Demo n Source code.

Harap bersabar.

Terima kasih atas kunjungan semua.