Tuesday, April 25, 2017

Idea FYP : Sistem Monitor Asap Melalui Wireless DIY

Assalamualaikum semua.

Kali ini saya akan menceritakan idea projek FYP ( Final Year Projek ) yang seterusnya. Projek ini adalah untuk mengesan dan menyukat kepekatan asap di  suatu tempat yang diperlukan (remote site) dan kemudiannya kepekatan asap ( dalam unit peratus) ini akan di hantar ke sistem utama ( central monitoring ) untuk tindakan selanjutnya oleh pegawai/staff yang bertugas di tempat tersebut. 

Projek ini terdiri dari 2 bahagian iaitu central monitor ( Rx ) dan remote site (Tx). Rx dan Tx di hubungkan melalui wireless modul 433Mhz. Di Rx, terdapat :

- LCD  untuk paparkan kepekatan asap yang dikesan di remote site (Tx) dan tahap keselamatan samada Normal. Warning atau Danger.
- Buzer untuk bagitau/penggera (alert) pengguna/staff di Central (Rx) jika kepekatan asap melebihi had tertentu ( had: Normal, Amaran/Warning n Bahaya/Danger ).  Had ini boleh di set di dalam sourcecode/coding.
- Relay adalah sebagai suis untuk hidupkan alatan lain, contoh penggera/siren yang di letakkan di luar bangunan bagi tujuan keselamatan dsbnya.
- LED bertukar merah jika kepekatan asap tersebut melebihi had bahaya, kuning/orange jika asap melebihi had amaran ( tapi belum sampai had bahaya) dan hijau jika kepekatan asap dalam julat selamat.
- Button adalah untuk mutekan bunyi buzzer dan offkan relay. 

Sekian, terima kasih.