Wednesday, July 13, 2011

Projek 1.3 : Sistem Keselamatan Rumah DIY - Final

Alhamdulillah,

Akhirnya saya berjaya menyiapkan projek pertama ini dengan jayanya. Saya meminta berbanyak maaf atas kelewatan/tidak menepati waktu n janji kerana terlampau sibuk dengan agenda/projek/tanggungjawab peribadi.

Jadi secara ringkasnya gambarajah lengkap adalah gabungan dan sambungannya adalah seperti di bawah :

1. PIC mainboard ver2
2. Dwi-LED board - sambung ke port C ( di PIC mainboard v2) ... guna LED yang berwarna hijau sahaja kerana LED merah menggunakan LED merah di atas PIC mainboard v2 (LED merah ini disambung kepada port D)
3. LED-Button board v2 - sambung ke port B
4. Relay board - sambung ke port E.0 ( satu pin sahaja ... saya guna cable ribbon yang sedia ada)
5. Button reset ( guna yang ada di PIC mainboard v2 ) - sambung ke port A.0 ( satu pin sahaja )

Gambaran keseluruhan adalah seperti di bawah:

Klik untuk gambar yang lebih besar


Video untuk projek ini adalah seperti di bawah:




Untuk source code n hex code, saya akan uploadkan kemudian ( sekarang masa tak mengizinkan )

UPDATE : Sila klik di sini ( sila guna 7-zip untuk membukanya) untuk source code (dalam format HiTech C , sila guna MPLAB IDE untuk membukannya), video dan gambar. Fail-fail lain (litar schematic dan PCB ) tidak termasuk dan boleh di download di laman masing-masing.

Selamat membaca/mengkaji/mengambil manfaat.

Terima kasih semua.

0 comments:

Post a Comment