PIC Project, PIC micro controller,Microcontroller, PIC n Electronic, Final Year Project, Projek Elektronik, Projek Tahun Akhir, Projek PIC, Pemproses Mikro
Projek Sistem Keselamatan Rumah (SKR) ini ditambah dengan sistem amaran sms iaitu jika ada sebarang pencerobohan semasa sistem ini (SKR) diaktifkan, sms akan di hantar kepada tuan rumah berkenaan.
Jika pintu depan di ceroboh, maka sms ' Pintu depan rumah anda sedang di ceroboh' akan di hantar kepada handphone tuan rumah ( no hp tersebut mesti di daftarkan dalam sourcecode/coding ). Begitu juga jika pintu belakang atau tingkap atau semua pintu tersebut diceroboh, maka satu sms akan di hantar kepada tuan rumah.
Projek hanya membenarkan sms amaran di hantar kepada tn rumah tapi tn rumah tidak dapat menghantar sms kembali kepada SKR untuk arahan2 lain. Ciri2 arahan lain akan di muatkan ke dalam projek SKR yang seterusnya.
Ini adalah idea projek (fyp) keselematan rumah yang mudah. Dalam projek ini,
magnet sensor digunakan sebagai sensor masukan (trigger sensor) untuk mengesan pencerobohan melalui pintu/tingkap rumah semasa sistem ini di aktifkan ( armed ).
Bila pencerobohan itu berlaku, misalnya pintu atau tingkap di buka, PIC mikrocontroller akan menukarkan warna led (led dwi color) untuk pintu tersebut kepada warna hijau ( warna merah jika pintu/tingkap dalam tertutup) dan juga membunyikan buzzer dan mengaktifkan relay ( relay boleh di gunakan untuk menghidupkan siren atau amaran lainmya. )
Penghuni boleh mengetahui pintu/tingkap yang mana yang telah di buka dengan merujuk led warna hijau (tanda pintu/tingkap dalam keadaan terbuka). Penghuni juga boleh mematikan bunyi buzer dengan menukar button mute ( ada di atas board ) tetapi led tetap berkeadaan sama.
Penghuni kemudiannya pergi memeriksa pintu/tingkap tersebut dan mengambil tindakan yang sepatutnya. Bila pintu/tingkap yang terbuka tadi di tutup, led untuk tingkap/pintu tadi akan bertukar menjadi warna merah,
Semasa sistem ini aktif, led untuk setiap pintu/tingkap akan menyala merah ( tertutup ) atau hijau ( terbuka ). Bila tempoh aktif tamat, led tersebut akan padam. Sistem ini akan berulang untuk setiap hari menggunakan sistem jam 24 jam sehari.
Waktu untuk sistem mula di aktifkan (armed) dan waktu tamat (unarm) boleh di ubah dalam sourcecode ( bahasa C) dan di compile semula dengan hitech C compiler ( yang sedia ada dalam mplab IDE ) dan kemudiannya hexcode (hasil compile sourcecode) di masukkan ke dalam PIC menggunakan PIC programmer ( contoh: PICkit 2).
Dibawah ini adalah senarai komponen yang terlibat:
Ini adalah sistem traffic light yang boleh di control oleh pihak yang
tertentu atas tujuan kebaikan dan keselamatan. Contoh pihak yang
tertentu adalah polis, ambulan dan bomba bagi tujuan menyelamat atau
keselamatan.