Saturday, October 29, 2011

Tutorial 5.3 : Penerangan ( Carakerja )

Asslamualaikum semua,

Dalam tutorial 5.x, saya akan tunjukkan 3 keadaan iaitu bila butang-butang yang masing-masing di sambungkan kepada RC1 ( PortC.1), RB0 (PortRB0) dan RB1 (PortRB.1) ditekan.

Ok, bila kita tekan RB0 , LED yang bersambung kepada portD akan menyala seperti dibawah (rujuk gambar 1):


Gambar 1 ( Klik untuk gambar lebih besar)


Bila kita tekan RB1 , LED yang bersambung kepada portB akan menyala seperti dibawah (rujuk gambar 2):

Gambar 2 ( Klik untuk gambar lebih besar)


Dan akhir sekali, bila kita tekan RC1 , LED yang bersambung kepada portD akan menyala seperti dibawah (rujuk gambar 3):


Gambar 3 ( Klik untuk gambar lebih besar)

Dalam tutorial seterusnya, kita akan lihat arahan C yang akan menghasilkan/menyalakan LED berkenaan bila butang-butang itu ditekan. Saya minta maaf terpaksa berhenti disini untuk sambung kerja lain yang sangat mustahak.

Insya Allah bersambung ...

Thursday, October 27, 2011

Tutorial 5.2 : Source Code

Assalamualaikum semua,

Disertakan fail-fail yang berkenaan yang digunakan dalam tutorial 5. Fail ini dalam format projek MPLAB IDE v8.56 atau versi yang lebih baru.

Fail-fail ( schematic, source code, paparan MPLAB IDE) untuk tutorial 5-Button boleh di download di sini .

Sekian dan terima kasih atas kunjungan ke blog ini.

Sunday, October 9, 2011

Tutorial 5.1 : Litar Elektronik

Assalamualaikum semua,

Litar elektronik untuk tutorial 5.x adalah seperti di bawah.

Clik gambar untuk saiz yang lebih besar.

Insya Allah, selepas ini adalah diterangkan setiap baris source code ( baris yang penting / yang belum di ulas/dibagitau ).

Akhir sekali saya akan membuat satu video dan akan di paparkan di sini untuk kefahaman yang lebih baik hendaknya.

Semua ini akan saya lakukan mengikut kelapangan masa saya.

Terima kasih atas sokongan dan lawatan ke blog saya. Semoga beroleh manafaat yang banyak.

Insya Allah bersambung ...

Tutorial 5.0 : Butang ( Button ) Sebagai Masukan (Input)

Assalamualaikum semua,

Minta berbanyak maaf atas sedikit kelawatan.

Di bawah adalah kod/source untuk tutorial ini.


SourceCode Part 1 ( sbb gambar besar )
Klik gambar untuk saiz yang lebih besar.


Sourcecode Part 2
Klik gambar untuk saiz yang lebih besar.



Insya Allah saya akan sambung kemudian sesuai dengan kelapangan saya (sangat sibuk sekarang nie ). Source Code dalam bentuk zip akan saya bagi kemudian.

Harap bersabar.

Terima kasih atas kunjungan.

Wednesday, July 13, 2011

Projek 1.3 : Sistem Keselamatan Rumah DIY - Final

Alhamdulillah,

Akhirnya saya berjaya menyiapkan projek pertama ini dengan jayanya. Saya meminta berbanyak maaf atas kelewatan/tidak menepati waktu n janji kerana terlampau sibuk dengan agenda/projek/tanggungjawab peribadi.

Jadi secara ringkasnya gambarajah lengkap adalah gabungan dan sambungannya adalah seperti di bawah :

1. PIC mainboard ver2
2. Dwi-LED board - sambung ke port C ( di PIC mainboard v2) ... guna LED yang berwarna hijau sahaja kerana LED merah menggunakan LED merah di atas PIC mainboard v2 (LED merah ini disambung kepada port D)
3. LED-Button board v2 - sambung ke port B
4. Relay board - sambung ke port E.0 ( satu pin sahaja ... saya guna cable ribbon yang sedia ada)
5. Button reset ( guna yang ada di PIC mainboard v2 ) - sambung ke port A.0 ( satu pin sahaja )

Gambaran keseluruhan adalah seperti di bawah:

Klik untuk gambar yang lebih besar


Video untuk projek ini adalah seperti di bawah:




Untuk source code n hex code, saya akan uploadkan kemudian ( sekarang masa tak mengizinkan )

UPDATE : Sila klik di sini ( sila guna 7-zip untuk membukanya) untuk source code (dalam format HiTech C , sila guna MPLAB IDE untuk membukannya), video dan gambar. Fail-fail lain (litar schematic dan PCB ) tidak termasuk dan boleh di download di laman masing-masing.

Selamat membaca/mengkaji/mengambil manfaat.

Terima kasih semua.