Sunday, March 6, 2011

Projek 1.0 : Sistem Keselamatan Rumah DIY

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, dapat juga saya memulakan projek keselamatan rumah yang ringkas dan murah untuk manafaat sesama kita.

Untuk projek ini, saya akan menggunakan module PIC board v2, module butang n LED sebagai masukan / input / sensor masukan dan juga module LED 2 warna ( hijau dan merah - 3 pin LED ) sebagai output / keluaran.

Bagi module PIC board v2, sila rujuk url ini ... http://allpicproject.blogspot.com/2010/10/info-selingan_31.html

Bagi module ' Butang n LED ' , sila rujuk litar 1 di bawah ( saya akan upload module yang siap pasang kemudian sebab terlalu sibuk buat masa ini).

Litar 1 : Button n LED



Litar 2 adalah module ' LED 2 warna (hijau n merah) ' ( saya juga akan upload module yang siap pasang kemudian kerana kesuntukan masa).

Litar 2 : LED 2 colours ( Hijau n Merah )



Simbol / Rajah Resister network (RN) dalam schematic di dalam litar 1 n litar 2



Resister network = RN



Kedudukan pin no. 1



Resister network bernilai 10k ohm ( 10 x 10^3)



Rujuk gambar

1) 103 => 10 x 10^3 = 10,000 ohm = 10k ohm
2) 104 => 10 x 10^4 = 100,000 ohm = 100k ohm.


NOTA: Bagi sesiapa inginkan file schematic untuk litar 1 dan 2 dalam format eagle (eagle file), sila email kpd saya (allpicproject@gmail.com), insya allah saya cuba hantar secepat mungkin.


Sekian sahaja untuk kali ini ... insya allah akan bersambung !

0 comments:

Post a Comment