Thursday, December 15, 2011

Projek 2.1 : Kegunaan

Assalamualaikum semua.

SetMasa adalah gadget elektronik untuk menghidupkan/mematikan alatan elektrik yang bersambung kepada sumber elektrik ( AC single phase ) melalui relay.

Tujuan SetMasa di bangun/dibina untuk kegunaan berikut.

Ciri-ciri :

1. Mempunyai 4 set masa ( boleh ditambah mengikut keperluan melalui ubahsuai program PIC) yang berasingan setiap satu ( tidak berkait satu sama lain).

2. Daripada 4 set masa ... 1 bolehubah secara online/real time dan 3 lagi adalah tetap ( hanya boleh ubah melalui ubahsuai program/firmware PIC )

3. Untuk set bolehubah, boleh set masa hidup dan masa mati dari tempoh 1 saat sehingga 99 jam.

4. SetMasa boleh mengulangi masa hidup (ON) dan mati (OFF) sehingga 999 kali.

Kegunaan/Tujuan:

1. Boleh mengecas bateri HP/Laptop untuk 1 tempoh tertentu ( Ulangan = 0 ) ... contohnya charge bateri laptop 3 jam (tempoh untuk charge penuh) ... selepas 3 jam, Elektrik AC yang di masukkan ke laptop (untuk mengecas bateri) di matikan. Begitu juga untuk charge hp ( matikan alat pengecas hp). Dengan mematikan alat mengecas selepas bateri di charge penuh ... ini akan memanjangkan jangka hayat bateri laptop/hp dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

2. Katakan di dalam periuk nasi elektrik terdapat banyak baki nasi selepas makan malam. Jika dibiarkan dalam keadaan 'warm' nasi akan menjadi kering/keras/kerak dan jika tidak ON kan periuk nasi, mungkin serangga merayap akan curi masuk ke dalam periuk nasi. Dengan menggunakan SetMasa, SetMasa akan menyambungkan elektrik dari sumber ke periuk elektrik secara berkala ... sebagai contoh ON (panaskan periuk) selama 10 minit (sebagai contoh) dan OFF (matikan elektrik ke periuk) untuk tempoh 50 minit selepasnya dan ini akan berulang mengikut berapa banyak ulangan yang kita set. Dengan SetMasa, nasi tetap panas/selamat dari serangga/haiwan dan tak buang/guna banyak elektrik.

Dan lain-lain kegunaan yang sesuai.

Insya Allah akan bersambung ...

0 comments:

Post a Comment